Kesatuan Soviet

Kesatuan Soviet,[lower-alpha 4] dikenali secara rasmi sebagai Kesatuan Republik Sosialis Soviet[lower-alpha 5] (KRSS)[lower-alpha 6] merupakan sebuah negara sosialis persekutuan di Eurasia Utara yang wujud dari tahun 1922 hingga 1991. Ia sebuah negara kesatuan pelbagai Republik Soviet kebangsaan pada nama sahaja, dalam praktik kerajaan dan ekonominya adalah sangat berpusat sehingga tahun-tahun akhirnya. Ia merupakan sebuah negara satu parti yang diperintah oleh Parti Komunis, dengan Moscow sebagai ibu negaranya dalam republik terbesarnya, RSPS Rusia. Pusat-pusat bandar utama yang lain ialah Leningrad, Kiev, Minsk, Tashkent, Alma-Ata dan Novosibirsk. Ia pernah merupakan negara terbesar di dunia mengikut keluasan permukaannya, merentangi lebih 10,000 kilometer (6,200 bt) dari timur ke barat merentasi 11 zon waktu dan lebih 7,200 kilometer (4,500 bt) dari utara ke selatan. Wilayahnya termasuk kebanyakan bahagian Eropah Timur dan juga sebahagian daripada Eropah Utara dan kesemua bahagian Asia Utara dan Asia Tengah. Ia mempunyai lima zon iklim seperti Tundra, Taiga, Steppe, Guruh dan Gunung. Penduduknya yang pelbagai dikenali secara kolektif sebagai Orang Soviet.

Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Union of Soviet Socialist Republics

Союз Советских Социалистических Республик
Soyuz Sovetskikh Sotsialisticheskikh Respublik
1922–1991
Bendera
(1955–1991)
Jata Negara
(1956–1991)
Cogan kata: Пролетарии всех стран, соединяйтесь!
Proletarii vsekh stran, soyedinyaytes!
Semua Pekerja Seluruh Dunia, Bersatu!
Lagu kebangsaan: "Internationale"
(1922–1944)

"Lagu kebangsaan Kesatuan Soviet"
(1944–1991)2
Kesatuan Soviet dari tahun 1945 hingga 1991
Ibu negara
dan bandar terbesar
Moscow
55°45′N 37°37′E
Bahasa rasmiRusia[lower-alpha 1]3
Bahasa serantau yang Diiktiraf
Bahasa minoriti
Kumpulan etnik
(1989)
  • 70% Slav Timur
  • 12% Turk
  • 18% lain
Agama
Negara sekular[1][2]
Ateisme negara[lower-alpha 2]
DemonimSoviet
Kerajaan
Pemimpin 
 1922–1924
Vladimir Lenin
 1924–1953
Joseph Stalin
 1953[lower-alpha 3]
Georgy Malenkov
 1953–1964
Nikita Khrushchev
 1964–1982
Leonid Brezhnev
 1982–1984
Yuri Andropov
 1984–1985
Konstantin Chernenko
 1985–1991
Mikhail Gorbachev
Ketua negara 
 1922–1946 (pertama)
Mikhail Kalinin
 1988–1991 (terakhir)
Mikhail Gorbachev
Ketua kerajaan 
 1922–1924 (pertama)
Vladimir Lenin
 1991 (terakhir)
Ivan Silayev
PerundanganKongres Soviet
(1922–1938)
Soviet Agung (1938–1991)
 Dewan Pertuanan
Soviet Kebangsaan
 Dewan Rakyat
Soviet Kesatuan
Era sejarahAbad ke-20
 Rampasan kuasa Bolshevik
7 November 1917
 Diasaskan
30 Disember 1922
 Perang Saudara tamat
16 Jun 1923
 Perlembagaan pertama
31 Januari 1924
 Perlembagaan Stalin
5 Disember 1936
 Penyahstalinan
25 Februari 1956
 Perlembagaan terakhir
9 Oktober 1977
 Republik pertama berpisah
11 Mac 1990
 Sistem berbilang parti
14 Mac 1990
 Rampasan kuasa Ogos
19–22 Ogos 1991
 Perjanjian Belovezha
8 Disember 1991
26 Disember 1991
Keluasan
199122,402,200 km2 (8,649,500 bt2)
Penduduk
 1991
293,047,571
KDNK (PPP)Anggaran 1990 
 Jumlah
$2.7 trillion[11] (ke-2)
 Per kapita
$9,200
KDNK (nominal)Anggaran 1990 
 Jumlah
$2.7 trillion[11] (ke-2)
 Per kapita
$9,200 (ke-28)
Gini (1989)0.275
rendah
HDI (1990)0.734[12]
tinggi
Mata wangRuble Soviet (руб) (SUR)
Zon masaUTC+2 ke +12
Kod panggilan+7
Kod ISO 3166SU
DPT Internet.su4
Didahului oleh
Diganti oleh
RSR Bukhara
RSS Belarusia
Estonia
Finland
RSR Khorezm
Kerajaan Romania
Latvia
Lithuania
RSPS Rusia
Republik Poland Kedua
RSPS Transcaucasia
RR Tuva
RSS Ukraine
Armenia
Azerbaijan
Belarus
Estonia
Georgia
Kazakhstan
Kyrgyzstan
Latvia
Lithuania
Moldova
Rusia
Tajikistan
Turkmenistan
Ukraine
Uzbekistan
Nota
  1.   Pengisytiharan № 142-Н Soviet Republik Soviet Agung Kesatuan Soviet, secara rasmi mengasaskan pembubaran Kesatuan Soviet sebagai sebuah negara dan subjek undang-undang antarabangsa (dalam bahasa Rusia).
  2.   Lirik asal digunakan dari tahun 1944 hingga 1956 memuji Stalin. Tiada lirik dari tahun 1956 hingga 1977. Lirik semakan dari tahun 1977 hingga 1991 dipaparkan.
  3.   Bahasa rasmi seluruh kesatuan sejak tahun 1990, republik konstituen mempunyai hak untuk mengisytiharkan bahasa-bahasa rasmi mereka.
  4.  Ditetapkan pada 19 September 1990, wujud mulai tarikh tersebut.

Penamaan

Nama ini datang daripada asas pentadbiran yang diwujudkan semasa bermulanya pemerintahan ini yang terdiri daripada seberapa majlis-majlis perwakilan atau sovyet (Bahasa Rusia: совет - pada asasnya bermaksud "perhimpunan", "majlis").[13][14]

Sejarah

Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad) yang bangun menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehinggalah Tsar Nikolai II turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambilalih oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik, dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini.

Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph Stalin. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.

Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet.

Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.

Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita Khrushchev beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa lepas. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan peperangan nuklear, telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu détente dengan negara Barat and penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan.

Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii Andropov dan Konstantin Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Mikhail Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia.

Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah terkorban. Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya.

Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik. Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan pada musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh kebanyakan republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada federal (persekutuan) yang lebih longgar. Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos, - satu cubaan rampasan kuasa terhadap Gorbachev oleh ahli konservatif Parti Kommunis, merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan, Boris Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar lagi. Pada 8 Disember 1991, presiden-presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan dan Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara ramai yang masih tertanya-tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan kesatuan berkenaan, pada 25 Disember 1991, Gorbachev meletakkan jawatan presiden USSR dan memberikan kuasa kepada Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan tertinggi Kesatuan Soviet, dibubarkan. Ini secara umumnya diisyhtiharkan sebagai rasmi, pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi. Kebanyakan organisasi seperti tentera merah (Red Army) and tentera Militia menyambungkan tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap kedalam negara-negara merdeka yang baru.

Politik

Di bawah perlembagaan negara, hanya Parti Komunis Kesatuan Soviet (CPSU) dibenarkan untuk mengawal jentera kerajaan dan membuat keputusan mengenai ekonomi dan hal masyarakat. CPSU menyokong ideologi Marxisme-Leninisme dan beroperasi berdasarkan prinsip democratik centralisme. Organisasi utama CPSU ialah: Politburo, badan kerajaan agung; Sekretariat, pengawal birokrasi parti; dan Jawatankuasa Pusat (Central Committee), forum yang membincangkan polisi parti. Pada 1987 keahlian CPSU telah mencapai lebih 19 juta orang (9.7 peratus penduduk dewasa pada tahun 1987), kebanyakan lelaki dari golongan profesional. Sebilangan besar ahli parti memegang jawatan penting di agensi-agensi kerajaan diseluruh kesatuan ini.

Kerajaan boleh dianggap sebagai boneka parti CPSU dan akan melaksanakan segala yang telah diluluskan oleh parti ini termasuk perkara-perkara berkaitan ekonomi, keselamatan dalaman dan isu-isu sosial. Pada 1988 Perlembagaan telah dipinda untuk mewujudkan badan yang baru dipanggil "Congress of People's Deputies", badan legislatif dan eksekutif tertinggi; terdiri dari 2,250 "deputies", dimana 87 peratus adalah ahli atau calon ahli CPSU.

Bahagian pentadbiran

Republik Peta Republik Kesatuan antara tahun 1956 dan 1991
1  RSPS Rusia
2  RSS Ukraine
3  RSS Belarusia
4  RSS Uzbekistan
5  RSS Kazakhstan
6  RSS Georgia
7  RSS Azerbaijan
8  RSS Lithuania
9  RSS Moldavia
10  RSS Latvia
11  RSS Kyrgyzstan
12  RSS Tajikistan
13  RSS Armenia
14  RSS Turkmenistan
15  RSS Estonia

Lihat juga

Nota

  1. De facto sebelum 1990.
  2. De facto.
  3. Mac–September.
  4. Bahasa Inggeris: Soviet Union, Bahasa Rusia: Советский Союз, tr. Sovetsky Soyuz
  5. Bahasa Inggeris: Union of Soviet Socialist Republics, Bahasa Rusia: Союз Советских Социалистических Республик, tr. Soyuz Sovetskikh Sotsialisticheskikh Respublik
  6. Bahasa Inggeris: USSR, Bahasa Rusia: СССР, tr. SSSR.

      Rujukan

      1. "ARTICLE 124". Diarkib daripada yang asal pada 2 Januari 2019. Dicapai pada 4 Februari 2019.
      2. "Article 52". Diarkib daripada yang asal pada 16 Februari 2019. Dicapai pada 4 Februari 2019.
      3. Jan Plamper, The Stalin Cult: A Study in the Alchemy of Power (2012).
      4. Isaac Deutscher, Stalin: A Polityical Biography (2nd edition, 1961) chapters 7-9 online
      5. T. B. Bottomore. A Dictionary of Marxist thought. (Wiley-Blackwell, 1991). p. 54.
      6. Historical Dictionary of Socialism. James C. Docherty, Peter Lamb. Page 85. "The Soviet Union was a one-party Marxist-Leninist state".
      7. Ideology, Interests, and Identity Diarkibkan 21 Julai 2013 di Wayback Machine. Stephen H. Hanson. Page 14. "the USSR was officially a Marxist-Leninist state".
      8. The Fine Line between Enforcement of Human Rights Agreements and the Violation of National Sovereignty: The Case of Soviet Dissidents Diarkibkan 8 Ogos 2014 di Wayback Machine. Jennifer Noe Pahre. p. 336. "[...] the Soviet Union, as a Marxist-Leninist state [...]". p. 348. "The Soviet Union is a Marxist–Leninist state".
      9. Leninist National Policy: Solution to the "National Question"? Diarkibkan 8 Ogos 2014 di Wayback Machine. Walker Connor. Page 31. "[...] four Marxist-Leninist states (the Soviet Union, China, Czechoslovakia and Yugoslavia)[...]".
      10. "Law of the USSR of March 14, 1990 N 1360-I 'On the establishment of the office of the President of the USSR and the making of changes and additions to the Constitution (Basic Law) of the USSR'". Garant.ru. Diarkib daripada yang asal pada 13 Ogos 2011. Dicapai pada 12 Julai 2010.
      11. "GDP – Million – Flags, Maps, Economy, Geography, Climate, Natural Resources, Current Issues, International Agreements, Population, Social Statistics, Political System". Diarkib daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
      12. "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. December 10, 2019. Dicapai pada July 3, 2020.
      13. http://pwerth.faculty.unlv.edu/Const-USSR-1924(abridge).pdf
      14. "Full text of "1918 Soviet Constitution"". archive.org.

      Bacaan tambahan

      • Brown, Archie, et al, eds.: The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Soviet Union (Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1982).
      • Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge, 2002).
      • Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global Studies, Dushkin Publishing Group, Inc., 1986).
      • Howe, G. Melvyn: The Soviet Union: A Geographical Survey 2nd. edn. (Estover, UK: MacDonald and Evans, 1983).
      • Katz, Zev, ed.: Handbook of Major Soviet Nationalities (New York: Free Press, 1975).
      • Rizzi, Bruno: "The bureaucratization of the world : the first English ed. of the underground Marxist classic that analyzed class exploitation in the USSR" , New York, NY : Free Press, 1985

      Pautan luar

      Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kesatuan Soviet.
      This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.