Selamat datang ke Wikipedia,
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 326,518 buah rencana.

Sabtu 11 Mei 2019

Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu Tutorial · Meja bantuan · Meja rujukan · Indeks AZ
Senarai portalBiografiFalsafahGeografiSejarahMatematikSainsSasteraTeknologiUndang-undang

 Rencana pilihan

Komet Hyakutake atau gelaran rasminya, C/1996 B2 adalah sebuah komet yang telah ditemui pada 31 Januari 1996, yang melewati Bumi dengan sangat dekat pada bulan Mac tahun tersebut. Ia merupakan salah satu komet yang paling hampir dengan Bumi dalam 200 tahun yang lalu. Hyakutake menjadi sangat terang di langit malam dan hasilnya ia dapat dilihat oleh ramai orang di seluruh dunia. Komet tersebut mencuri tumpuan buat sementara daripada komet Hale–Bopp, yang menghampiri sistem suria dalam pada waktu itu, walaupun Hyakutake berada dalam keadaan yang paling cerah untuk beberapa hari sahaja.

Pemerhatian saintifik bagi komet Hyakutake membawa kepada beberapa penemuan; perkara yang paling mengejutkan bagi ahli sains komet ialah penemuan pancaran sinar-X daripada komet. Pancaran ini dipercayai disebabkan oleh zarah-zarah angin suria yang bertindak balas dengan atom-atom neutral di dalam koma komet. Kapal angkasa Ulysses juga tidak disangka-sangka melintasi ekor Hyakutake pada jarak lebih daripada 500 juta kilometer daripada nukleus komet, menunjukkan bahawa Hyakutake mempunyai ekor terpanjang yang diketahui bagi sesebuah komet.

Komet Hyakutake adalah sebuah komet bertempoh panjang. Sebelum laluan terbarunya yang merentasi sistem suria, tempoh orbitnya adalah kira-kira 15 ribu tahun, tetapi pengaruh graviti planet-planet gergasi telah meningkatkan tempoh itu kepada 72 ribu tahun. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini:
  • Katsudō Shashin
  • MRT Singapura
  • Jam air

 Gambar pilihan

Pentas Ais Larsen

Pentas Ais Larsen adalah pentas ais yang panjang dan memanjang sepanjang pantai timur Semenanjung Antartika di Laut Weddell. Ia dinamakan selepas penjelajah Norway Carl Anton Larsen, yang berlayar di sepanjang kawasan ais pada tahun 1893. Terdiri daripada beberapa rak di sepanjang pantai, yang dinamakan dengan huruf dari A hingga G, sejak pertengahan tahun 1990-an Pentas Ais Larsen semakin hancur, dengan keruntuhan yang dramatik di Larsen B pada tahun 2002. Sebahagian besar pentas Larsen C berpisah pada Julai 2017 untuk membentuk sebuah aisberg yang dikenali sebagai A-68. Kawasan Pentas Ais Larsen adalah dahulunya 33,000 batu persegi (85,000 km2), tetapi kini hanya 26,000 batu persegi (67,000 km2) sahaja.
Gambar: NASA/John Sonntag

Gambar pilihan sebelum ini:
  • Europa (bulan)
  • Garden at Sainte-Adresse
  • Stesen Angkasa Antarabangsa


 Berita terkini

  • Banjir dan angin ekoran Taufan Kenneth (imej satelit) membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, mencederakan lebih daripada 200 orang, dan menyebabkan kerosakkan teruk di Mozambique dan Kepulauan Comoro.
  • Satu gempa bumi terjadi di Luzon, Filipina dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 18 orang.
  • Volodymyr Zelensky (gambar) memenangi pilihan raya presiden Ukraine.
  • Sekurang-kurangnya 310 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lainnya cedera dalam beberapa pengeboman di gereja-gereja dan hotel di Sri Lanka.
  • Para saintis mengumumkan akan penemuan ion helium hidrida yang terhasil secara semulajadi di planetary nebula, NGC 7027.

 Hari ini dalam sejarah

11 Mei:

  • 1792 – Nakhoda dagang Robert Gray memasuki Sungai Columbia, menjadi orang Eropah pertama melayari sungai terbesar yang mengalir masuk ke Lautan Pasifik dari Amerika Utara.
  • 1812Spencer Perceval (gambar) dibunuh oleh John Bellingham di lobi Dewan Rakyat British, menjadi Perdana Menteri British tunggal pernah dibunuh.
  • 1918 – Republik Bergunung Kaukasus Utara diasaskan, dengan Tapa Tchermoeff sebagai Perdana Menteri.
  • 1946 – Parti politik terbesar di Malaysia kini, UMNO diasaskan, asalnya untuk membantah penubuhan Malayan Union.
  • 1960 – Ejen Mossad menangkap Adolf Eichmann, pemimpin dan penjenayah perang pelarian Nazi yang menyembunyikan diri di Argentina.
Hari-hari sebelum: 10 Mei 9 Mei 8 Mei

Arkib Melalui e-mel Lagi...

 Tahukah anda...

  • ... bahawa pasar malam merupakan sejenis pasar pada waktu malam dan hampir semua jenis barangan boleh didapati di sini?  
  • ".. bahawa orang Belanda pada zaman dahulu sekitar sebelum abad ke-13, amat sensitif terhadap bencana banjir sehingga semua kanak-kanak perlu belajar berenang agar dapat menyelamatkan diri apabila berlakunya banjir sebelum Projek Delta disiapkan pada Ogos 2010?" 
  • ... bahawa jika anda mendengar bunyi, contohnya desingan, sedangkan tiada bunyi luar, anda mungkin mengalami tinitus?  
  • "... bahawa dalam nyanyian koir empat-bahagian, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di atas penyanyi bes dan di bawah penyanyi soprano dan alto?" 
  • "... bahawa iklim tidak berubah semasa hayat seseorang insan di suatu lokasi geografi?" 
Wikipedia dalam bahasa lain

Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wikikamus
Kamus bebas
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons
Koleksi multimedia bebas
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.